copy and paste...

cari barang

Thursday, July 29, 2010

JomPHP


Wordpress 3.0 bakal memperkenalkan tema baru “Twenty Ten”

Posted: 05 Apr 2010 04:40 AM PDT

twenty ten wordpress theme

Baru-baru ini saya ada mencuba wordpress versi terbaru iaitu wordpress 3.0 beta 1. Didalam versi 3.0, fungsi wordpress dan wordpress MU (multi-user) telah digabungkan menjadi satu pakej. Maksudnya, dalam satu installation wordpress, anda boleh buat banyak lagi blog wordpress untuk pengguna lain.

Selain itu, wordpress 3. juga bakal memperkenalkan tema baru dikenali sebagai “Twenty Ten” seperti mana yang anda dapat lihat pada screenshot di atas.

Twenty Ten ini adalah sangat menarik berbanding theme default wordpress sebelum ini kerana ianya boleh di-customize sesuka hati dengan senang. Tak tahu sebarang coding pun boleh edit theme twenty ten nie sebab adanya theme option yang memudahkan sesiapa sahaja mengubah mengikut kesukaan.

twenty ten wordpress theme

Contohnya, anda boleh edit menu yang ingin dipaparkan di dalam tema blog. Boleh letakkan link, kategori, pages dll dengan senang. Fungsi dropdown menu juga diintegrasikan di dalam theme ini menjadikan twenty ten lebih cool.

twenty ten wordpress theme

Anda juga boleh menukar background seperti warna atau background picture. Pilih samada background tersebut hendak tile, fixed, center dan sebagainya.

twenty ten wordpress theme

Header image juga boleh ditukar dengan mudah, boleh pilih header yang sedia ada atau upload header yang anda design sendiri. Saiz header adalah 940×198 jika upload gambar besar anda boleh crop kepada saiz 940×198.

twenty ten wordpress theme

Ini adalah screenshot tema twenty ten yang telah di-customize oleh saya dalam masa kurang daripada 5 minit. Nampak agak bergaya juga kan?

Setakat ini versi wordpress 3.0 masih di dalam peringkat beta, saya cadangkan anda tunggu dulu versi final dikeluarkan baru pasang di blog anda. Kalau nak guna versi beta guna hanya di localhost.

Jika berminat hendak demo theme twenty ten; boleh lihat di 2010dev.wordpress.com. Atau boleh cuba download versi pembinaan di sini.
Artikel asal: Wordpress 3.0 Beta released with new Twenty Ten default theme

Related posts:

1. Tema baru di JomPHP Setelah meneliti beratus-ratus tema wordpress di internet, akhirnya saya...
2. Cara mudah mencuba tema untuk blog wordpress Saya selalu mencuba berbagai themes baru setelah agak jemu...
3. Memperkenalkan wibiya toolbar dengan teknologi ajax Salam pembaca semua, jika anda perasan pada hari ini...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

paste

JomPHP


Cara membuat Windows 7 genuine tanpa gunakan serial, crack atau loader

Posted: 23 May 2010 02:08 AM PDT

Ketahui cara-cara membuat Windows 7 menjadi genuine, tidak expired dan tidak akan kena blacklist tanpa perlu menggunakan apa-apa serial atau crack. Maknanya anda tidak perlu lagi guna removewat, chew-wga, 7 loaders, slic bios mod dan sebagainya.

Cara ini akan membuat Windows anda menjadi “trial” tanpa had (biasanya 30 hari sebelum expired) dan dengan itu Windows akan di-detect menjadi genuine untuk selama-lamanya.


Disclaimer / Penafian

Artikel ini adalah untuk tujuan pengetahuan. Belajar dan fahamkan untuk kegunaan sendiri sahaja. Kami di JomPHP tidak menyokong dan menggalakkan pengguna menggunakan perisian cetak rompak, sebaliknya sila beli yang Ori ataupun guna perisian sumber terbuka seperti Ubuntu.

Teknik ini dikenali sebagai teknik Rearm. Ada dua cara iaitu; menggunakan command line dan menggunakan GUI.
Cara Command Line

Pastikan anda run CMD sebagai administrator ataupun disable UAC terlebih dahulu.

1. Buat batch file dengan command berikut;

reg load HKLMMY_SYSTEM "%~dp0WindowsSystem32configsystem"

reg delete HKLMMY_SYSTEMWPA /f

reg unload HKLMMY_SYSTEM

Copy paste code di atas ke dalam notepad, kemudian save dengan file name delwpa.bat di dalam partition C: atau partition mana yang mengandungi windows.

2. Restart komputer dan tekan F8 pada bios. Pilih option “Repair”.

3. Masuk pada pilihan “Command Prompt”

4. Dalam CMD, type C: untuk masuk ke drive utama. Lepas itu, taipkan dir untuk melihat senarai folder dan anda akan nampak file delwpa.bat tadi. Taip delwpa.bat di dalam CMD.

5. Ok, lepas dah execute command itu, run balik Windows dan masuk command prompt balik.

Taip code berikut dalam CMD bergantung kepada jenis Windows yang anda install.

Ultimate;

slmgr /ipk D4F6K-QK3RD-TMVMJ-BBMRX-3MBMV



Professional;

slmgr /ipk HYF8J-CVRMY-CM74G-RPHKF-PW487



Home Premium;

slmgr /ipk RHPQ2-RMFJH-74XYM-BH4JX-XM76F



Home Basic;

slmgr /ipk YGFVB-QTFXQ-3H233-PTWTJ-YRYRV



Starter;

slmgr /ipk 7Q28W-FT9PC-CMMYT-WHMY2-89M6G

6. Selepas restart, masuk kembali command prompt dan taip

slmgr /dlv



7. Anda akan mendapat message berikut selepas menaip command di atas.

License Status: Initial Grace Period

Time remaining: 30 days

Remaining windows rearm count: 4

8. Ok, sekarang anda ada masa 30 hari lagi sebelum expired. Dalam tempoh ini anda masih lagi di kira menggunakan windows genuine. Selepas 30 hari berlalu, anda kena rearm bagi membolehkan windows kembali dalam mode trial. Limit kepada rearm adalah sebanyak 4 kali, bermakna anda boleh menggunakan teknik ini selama 120 hari.

Untuk rearm, taip command berikut; slmgr /rearm

Selepas tempoh 120 hari tamat, anda boleh reset kembali kiraan rearm dengan mengulangi langkah 2-6.

Dengan itu, anda mempunyai tempoh trial yang tanpa had untuk menggunakan windows 7 dan windows anda akan kekal genuine dan boleh gunakan windows update serta produk-produk microsoft lain.
Menggunakan GUI

Infinite Rearm adalah tool yang memudahkan segala kerja manual seperti langkah-langkah di atas. Penerangan penuh untuk menggunakan tool ini boleh di lihat dengan menekan pada butang Instructions.

Saya cadangkan guna cara manual sebab menaip code secara manual lebih mencabar. Haha.
Credits

Terima kasih kepada timesurfer dan mcclausky serta coders berbakat daripada mydigitallife. Segala screenshot adalah ditangkap oleh saya sendiri.

p/s: Untuk artikel windows 7 yang lain, taip “windows 7” pada ruang carian di JomPHP.

Related posts:

1. Cara membuat checkbox select all dalam form (javascript) Sekiranya aplikasi web anda mempunyai banyak data dan pengguna...
2. Mengatasi masalah windows 7 not genuine Berhati-hati bila updates windows, anda mungkin mengalami risiko windows...
3. Tips membuat dynamic list menu (PHP) Tutorial ni khas untuk member saya yang sedang menjalani...